Syair memang menjadi suatu wadah pencipta yang berguna dalam zaman sastera tradisional dan mempunyai perkembangannya yang tersendiri. Sastera sejarah dan sastera hikayat menghasilkan karya dalam kedua-dua bentuk iaitu prosa dan syair dengan struktur penulisan yang tertentu. Syair merupakan suau bentuk penciptaan sastera tradisional yang berkesan dalam menyampaikan amanatnya kepada khalayak sastera.
Namun begitu, apakah kaitan antara pengajian sejarah dengan penulisan syair ini. Kami mengambil contoh sebuah buku yang menjadi asas rujukan ketika kami membuat kajian mengenai Singapura iaitu buku Teks Syair Tentangan Singapura. Terdapat tiga buah syair yang menjadi fokus kami iaitu Syair Dagang
Berjual Beli, Syair Porong Gaji dan Syair Tenku Perabu di Negeri Singapura Adanya.
Ketiga-tiga buah syair ini mempunyai tema yang sama iaitu mengisahkan berkenaan dengan pergolakan sosial yang berlaku di Singapura dalam tahun 1830-an. Ketika itu, semua pulau ini baru berada di bawah pemerintahan Inggeris. Kesannya, pelbagai peluang terbuka dalam bidang perniagaan dengan sistem pembayaran yang berbeza-beza. Maka wujudlah rasa ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat setempat dengan sistem yang baru diperkenalkan oleh Inggeris, lantas terkaranglah ketiga-tiga syair tersebut.
Syair Dagang Berjual Beli menceritakan bagaimana berubahnya perniagaan setelah Singapura diperintah oleh Inggeris. Penyair mendapati sudah tidak ada kesucian hati dan kepercayaan di kalangan para pedagang. Walaupun beragama Islam, mereka menerima rasuah dan tidak segan-segan menipu pembeli pembelinya. Para pedagang lebih suka berniaga dengan saudagar India dan Cina kerana hendakkan bayaran dengan segera. Peniaga Melayu dan Bugis sering diheret ke mahkamah kerana tidak menyelesaikan hutangnya. Penyair menuduh pemerintah Inggeris tidak berlaku adil apabila kes-kes dibawa ke pengadilan.
Syair Potong Gaji menyampaikan keluhan orang yang makan gaji dengan kompeni dan dipotong gajinya kerana membuat kesalahan. Kehidupan yang digambarkan susah dan kebanyakan rakyat makan nasi dengan garam. Syair ini tidak menceritakan tentang sesuatu kes tertentu tetapi memberi gambaran betapa susahnya hidup semasa Singapura berada di bawah pemerintahan kompeni Inggeris. Manakala, Syair yang ketiga, Syair Tenku Perabu di Negeri Singapura Adanya, lebih menarik isinya kerana menyebut tentang skandal perhubungan sulit (yang menjadi rahsia pengetahuan ramai pada masa itu di Singapura) yang kononnya terjalin antara permaisuri Sultan Hussein Syah, Tenku Perabu, dengan orang kepercayaan dan 'anak angkat'nya, Abdul Kadir Ahmad Sahib.
Maka jelaslah, sejarah sangat berkait rapat dengan kesusteraan melayu. kami menggunakan syair sebagai rujukan kajian mengenai Singapura. Secara tidak langsung kami mempelajari ilmu sastera. Sesungguhnya sumber syair dan prosa memberi penghayatan yang lebih kepada kami terutamanya berkenaan dengan kesusahan hidup mereka sepanjang berada di bawah pemerintahan Inggeris.
No comments:
Post a Comment