Ishak Haji Muhammad merupakan seorang penulis yang telah menghasilkan pelbagai karya. Salah satunya adalah novel ‘Anak Mat Lela Gila’ yang diterbitkan paad tahun 1960 iaitu setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Novel ini secara langsung mempunyai perkaitan antara bidang sejarah dan kesusasteraan Melayu.
Novel ini mengisahkan tentang perjalanan kehidupan Bulat iaitu seorang bayi yang telah ditinggalkan oleh ibu bapanya yang penuh dengan cabaran. Bulat telah dipelihara oleh Mat Lela yang dianggap gila oleh orang kampung kerana perilakunya yang tidak seperti masyarakat yang lain. Beliau rajin membersihkan kawasan surau tetapi tidak pernah memasuki surau dan beliau tidak suka kepada duit kertas dan akan menukarkannya kepada duit syiling. Namun begitu, peribadi Mat Lela ini tidak diketahui oleh penduduk kampung bahawa beliau telah menyimpan dan menyususn batu bata untuk membuat surau yang lebih besar disebabkan surau yang ada di kampung tersebut telah buruk dan uzur. Konflik dalam cerita ini telah bermula apabila Bulat telah dicuri oleh sepasang suami isteri yang belum mendapatkan anak walaupun setelah bertahun mendirikan rumah tangga.
Ishak telah menggunakan gaya bahasa yang pelbagai. Antaranya adalah kritikan, sindiran, pujian dan terdapatnya pengajaran yang telah ditekankan. Beliau telah mengatakan bahawa masyarakat Melayu khususnya yang mudah leka, tamak dan dengki sesama sendiri. Ini dibuktikan apabila Tuan Haji Osman telah menyamar sebagai ahli nujum untuk berkahwin dengan Permai yang mempunyai banyak harta dan ladang walaupun beliau sendiri sudah kaya dan berharta. Sifat tamak ini telah menyebabkan beliau telah meninggal dunia kerana batuk kering dan ini menunjukkan bahawa Tuhan melarang sikap tamak dalam setiap individu. Manakal pujian telah diberikan melalui watak Bulat itu sendiri. Bulat yang menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran dalam hidupnya tidak pernah kenal erti berputus asa. Walaupun beliau mengalami kesukaran, beliau tetap berusaha untuk mencari ibu bapa sebenarnya. Sehinggalah beliau akhirnya telah berjumpa dengan kedua ibu bapanya. Namun begitu, beliau juga mempunyai sifat terpuji iaitu beliau tidak pernah lupa kepada kedua ibu bapa angkatnya dan Pak Alang yang telah mengajarnya pelbagai perkara mengenai kehidupan.
Novel ini berkaitan dengan sejarah di mana ia telah dikaji dalam sejarah Melayu itu sendiri. Ia berkaitan dengan sifat-sifat masyarakat Melayu. Pandangan berkaitan masyarakat Melayu juga telah dikaji oleh sarjana daripada British dan negara-negara yang lain.
No comments:
Post a Comment