Monday, December 7, 2015

APA ITU HISTORIOGRAFI MELAYU?

Historiografi Melayu atau dikenali sebagai sastera sejarah merupakan satu bentuk penulisan yang mengetengahkan unsur sejarah melalui bentuk kesusasteraan seperti prosa, cerpen, puisi dan sebagainya. Unsur sejarah dan sastera digabungkan menjadi sebuah penulisan yang menceritakan kehidupan masyarakat dalam tempoh waktu karya tersebut dihasilkan. Sejarah dan sastera amat berkait rapat kerana sastera merupakan wadah utama masyarakat menzahirkan pengkisahan mereka. Melalui sastera, sejarah dapat ditonjolkan dengan lebih baik terutamanya perkara yang melibatkan sejarah tradisional. Karya sastera agung Sulalatus Salatin merupakan sumber sejarah utama yang digunakan oleh ahli sejarah bagi mengkaji masyarakat tradisional Tanah Melayu. Terbukti bahawa sejarah sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan kesusasteraan Melayu.

No comments:

Post a Comment